|
|
|
Penganyir Sg. Udang
- Tahu Berinti
|
|
|
|
|
|
|
Tahu Berinti
Bahan-bahanya
5-7 ekor ikan kembong di ambil isi sahaja- ditumbuk
1 pokok daun bawang dan sadri - potong halus
1 sdt lada hitam - ditumbuk halus
4 - 5 biji telor - dipukul sekata
- Goreng tahu, angkat dan toskan.
- Belah 2 tahu goreng tadi menjadi 3 segi, keluarkan isi tahu tersebut (tetapi jangan sampai bahagian yang bergoreng bocor) ketepikan isinya.
- Di dalam bekas yang lain isi ikan, daun bawang & sadri, lasa hitam serta isi tahu tadi dicampurkan serta digaul sebati, sesuaikan rasa.
- Isikan campuran ikan tadi ke dalam tahu yang telah kosong tadi.
- Salutkan tahu dengan telor, lalu goreng hingga masak.
- Sesuai dimakan bergitu sahaja atau dimakan bersama nasi.
- Selamat mencuba.
- Saya tidak merebus isi ikan sebab kemanisanya masih ada tidak perlu kita menambah bahan perasa lain hanya garam dan lada hitam. (Perlu pastikan goreng lama sedikit yer sehingga inti betul-betul masak)
- Anda sekiranya tidak mahu menggunakan telor sebagai ejen penyalut, boleh gunakan tepung goreng serbaguna sebagai penyalut. Sekiranya anda gunakan tepung goreng serbaguna pastikan kurangkan garam pada isi tahu tadi sebab tepung serbaguna sudah ada garam.
|
|
|
|
|
|
|