Ketam Telor Masin
Bahan-bahanya.
4 ekor ketam bunga - dibelah 2
5 biji telor masin - direbus
3 sdm minyak masak
¼ buttercup
5 ulas bawang puteh -cincang halus
2 pelepah daun kari
3-5 biji cili akar potong kecil (ikut kepedasan yang disukai)
½ - 1 tin susu cair
1 cawan tapung jagung
Minyak untuk mengoreng.
Cara-caranya
- Basuh bersih ketam, lalu dibelah dua, disalut dengan tepung jagung lalu digoreng. Angkat dan toskan.
- Telor masin yang telah direbus asingkan kuning dari putehnya. Ambil kesemua kuning telor lalu dihancurkan dan ambil puteh telor dari 3 biji telor hancurkan.
- Cincang halus bawang puteh,
- Panaskan miyak dan butter biar butter cair lalu masukan bawang puteh dan daun kari, Tumis hingga naik bau dan garing sedikit.
- Masukan kuning dan puteh telor tadi, gaul rata masukan susu sedikit-sedikit dan gaul rata, sesuaikan rasa lalu bolehlah masukan ketam tadi dan cili. Gaul rata lagi biarkan seketika agar sos menyerap ke dalam ketam. Sekiranya sosnya terlalu kering bolehlah tambahkan lagi sedikit susu cair.
ῼ Maklumat.
- Jika suka anda boleh kukus ketam anda sebelum masukan ke dalam sos.
- Sekiranya anda suka sos yang lebih bolehlah tambahkan susu cair lagi, tetapi pastikan jangan melebihi dari 1tin susu cair.
- Sekiranya anda rasa kurang masin, tambahkan sahaja balance telor puteh tadi.